Jwpn
Pengarah Urusan:
Semalam saya mrnghaziri program KPJ di Arau under en
Mahadi. Banyak pertanyaan yang berbangkit tentang kopi V Radix dan saya
rasa elok saya syer untuk teman teman semua.
1.
Ada yang mengadu sakit kepala bila meminumnya: jika perkara ini berlaku
pastikan minum air putih lebih dalam rutin harian kerana kekurangan
air menyebabkan tubuh akan mengambil air di otak dan pinggang
menyebabkan sakit terasa sekali.
2.
Minum kopi v radix cuma pada waktu malam sahaja dan perrlu banyak
aktiviti pada hari siangnya agar herba berkesan sebagai pelancar alian
darah.
3. Kopi v radix juga pelawas yang baik disamping menghilangkan masalah slip dis.
4. Sekurang kurangnya kesan akan dapat dirasai selepas 1 jam minum.
5. Wanita digalakkan minum separuh atau suku sachet sahaja.
6. Satu sachet untuk tiga hari.
7. Jika kopi v radix di minum dengan telur separuh masak ia akan menjadi lebih lebih efektif.
8. Wanita dlam haid boleh minum kopi v radix.
Friday 5 October 2012
Sunday 30 September 2012
JAWI HERBS SHOP
4 Bengkel Jawi Herbs Shop telah diadakan. Setiap Bengkel peserta baru akan mendaftarkan diri untuk menjadi Usahawan Herbalis. Mereka akan di isi dengan ilmu-ilmu perawatan, ilmu herba, teknik dalam perawatan, formula herba, secret recipe, produk herba yang mujarab, dan pelbagai lagi kelebihan yang telah mereka perolehi dalam menyertai Bengkel Jawi Herbs Shop. Kini bilangan peserta telah mencecah 25orang. Target Jawi Herbs Shop adalah seramai 500 orang shj. Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan keistimewaan Bengkel ini, boleh bertanya kepada mereka yang telah bergelar Usahwan Herbalis Jawi Herbs Shop.
Saturday 29 September 2012
Isteri Solehah
Isteri Solehah – Kekasih Allah,Teman Sejati Suami Soleh..
Isteri
yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami
dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah
hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai �teman hidup�.Jika
suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita
keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . Isteri
teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia
juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami
tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya
bersama-sama.
Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:
-
Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
-
Bersikap malu terhadap suami.
-
Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
-
Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
-
Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
-
Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
-
Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
-
Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
-
Sentiasa menghormati keluarga suami .
-
Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
-
Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
-
Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan.
Mereka kenalah pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja yang mereka sendiri menjadi bos dan kulinya. Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman. Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa.
Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan. Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar.
Suami Yang Soleh
18 Ciri-Ciri Suami Yang Soleh
- Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
- Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
- Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
- Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
- Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
- Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
- Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
- Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
- Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
- Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
- Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
- Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
- Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
- Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
- Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
- Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
- Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
- Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
Monday 24 September 2012
Bomoh tak berdaftar boleh dipenjara, denda RM50,000
|
Kementerian Kesihatan bersetuju memasukkan amalan perubatan Islam di bawah Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 selepas perkara itu dipersetujui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua Jabatan Agama Islam Negeri.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata notis pindaan menambah perubatan Islam dalam tafsiran rang undang-undang itu akan diberikan ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
"Sebelum ini, kita tidak masukkan perubatan Islam kerana tidak mendapat persetujuan Jakim tetapi sekarang sudah dipersetujui bukan saja Jakim malah Jabatan Agama Islam negeri.
"Selepas ini, pengamal perubatan Islam termasuk bomoh perlu mendaftar menerusi majlis yang akan ditubuhkan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, beliau membentangkan Rang Undang-undang Tradisional dan Komplementari 2012 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.
Semalam, anggota parlimen BN dan pembangkang meminta kementerian itu mengambil kira perubatan Islam dalam rang undang-undang itu kerana perubatan moden dan Islam sama penting, di samping peningkatan pesakit yang beralih kepada kaedah perubatan Islam atau tradisional.
Pengerusi Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Mohd Fauzi Mustaffa juga melahirkan kebimbangan terhadap kelangsungan amalan itu terhadap masa depan terutama bagi merawat penyakit serta kes sihir yang semakin berleluasa.
Di bawah rang undang-undang itu, Liow berkata pihaknya dengan kerjasama Jakim akan memantau proses pendaftaran pengamal perubatan sama ada Islam, tradisional Melayu, Cina dan India di bawah satu majlis yang akan ditubuhkan.
Katanya pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang mengingkari arahan pendaftaran itu boleh dikenakan denda antara RM30,000 dan RM50,000 atau penjara dua tahun.
Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Menteri Kesihatan itu berkata hampir 15,000 pengamal perubatan tradisional dan komplementari tidak akan terlepas daripada tindakan tegas sekiranya didapati menipu dan melanggar undang-undang berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata berikutan perkembangan pesat perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia dan antarabangsa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merangka strategi yang boleh digunakan dalam membangunkan perubatan tradisional dan komplementari di negara masing-masing.
Katanya Kementerian Kesihatan juga telah melancarkan dasar kebangsaan dalam bidang perubatan tradisional dan komplementari yang menyatakan bahawa perubatan itu akan wujud bersama dengan perubatan moden dan akan disepadukan dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan bagi meningkatkan kesejahteraan dan tahap kesihatan rakyat.
"Di Malaysia, permintaan terhadap perubatan ini semakin meningkat dan berkembang pesat dan pada masa sama kementerian menerima banyak aduan dari semasa ke semasa berhubung perubatan ini selain sering digemparkan dengan pelbagai berita dan peristiwa melibatkan pengamal perubatan ini," katanya.
Liow berkata rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Kompelementari 2012 digubal untuk memastikan amalan perubatan yang dijalankan di negara ini adalah selamat dan berkualiti untuk kesejahteraan rakyat.
Setakat ini, 10 hospital kerajaan menjalankan program integrasi menawarkan perubatan moden bersama-sama dengan perubatan tradisional, iaitu Hospital Kepala Batas (Pulau Pinang), Hospital Sultan Ismail (Johor Baharu), Hospital Putrajaya, Hospital Sultanah Nur Zahirah (Terengganu), Hospital Duchess of Kent (Sandakan), Hospital Umum (Sarawak), Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar), Hospital Port Dickson, Hospital Sultanah Hajah Kalsom (Cameron Highlands) dan Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (Kota Bharu).
- Bernama

Wednesday 19 September 2012
GEMPUR HERBA 3
DAFTAR SEGERA GEMPUR HERBA 3 DI HPA HQ & KG.CHANGKAT LADA, MATA AYER , ARAU, PERLIS (KG KELAHIRAN PENGARAH URUSAN). AKAN DISAMPAIKAN SEPENUHNYA OLEH TUAN HAJI ISMAIL HAJI AHMAD. PADA 22 DAN 23HB SEPT 2012. YURAN PENYERTAAN CUMA RM50.00 SAHAJA. SMS NAMA KE 013 929 9944
Monday 3 September 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)