klik

Friday 31 August 2012

Koko Radix Papan

Dapatkan sekarang. Koko Radix Papan - RM23.00 sepapan ada 20 sachet

Thursday 30 August 2012

31hb Ogos 2012 - KPJ HPAIC : PERAWATAN HATI

KPJ HPAIC TAJUK : PERAWATAN HATI
> 31 Ogos 2012 (Hari Merdeka, Jumaat)
> 9.00 - 11.00 Malam
> Tingkat 1, Menara HPAIC Shah Alam.
> Oleh : Pengarah Urusan HPA ( Tuan Haji Ismail haji Ahmad
Mohon Maaf : Diubah daripada jadual asal 1 Sept 2012

Selamat Datang - PINTAR HERBA 9

Selamat Datang

PINTAR HERBA 9
PULAU KAPAS MARANG TERENGGANU
8 - 9HB SEPT 2012
Pembetulan Medan Elektromagnet (MEM) & Kiropratik
Oleh: Tuan Haji Ismail Haji Ahmad 
(Pengasas dan Pengarah Urusan HPA & Pengasas dan Rektor Perubatan Jawi)


http://pintarherba.blogspot.com
0139299944

Monday 27 August 2012

GEMPUR HERBA 3

GEMPUR HERBA 3: Pada 22 dan 23 September 2012, di Villa Harapan Sihat, Pantai Chenang, Langkawi, Kedah. Bayaran RM300 sahaja (tidak termasuk pengengkutan). Tajuk: Setia Sihat Bersama Herba. Terbuka kepada 150 orang peserta sahaja. Hubungi: Cik Syikin - 019 633 0727 @ Ust Samad - 019 434 0717. Jangan lepaskan peluang berprogram di lokasi yang menarik ini. Terima kasih.

https://www.facebook.com/GempurHerba

Pesanan Ringkas

Peserta Pintar Herba Pulau Kapas 8 dan 9hb Sept 2012 di saran membawa baju RADIX atau baju berwarna MERAH atau Baju Komuniti Masing2... http://pintarherba.blogspot.com

Friday 24 August 2012

Pintar Herba 9

bertolak dari jeti pulau kapas. 8.00 pagi (8hb) dan pulang 6.00 ptg (9hb) RM250.00 seorang (bot.dari jeti marang. bot coral laut.penginapan(tidur dlm khemah).makan.bahan kursus). peserta disaran dtg awal 8.00 pagi jumaat. dengar kuliah pagi jumaat masjid rusila dan malamnya bermalam di dewan hpa marang dan pagi2 ke jeti pulau kapas. mahadi - 0139299944

Thursday 23 August 2012

5 TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG




Assalamualaikum~

5 TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

 1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

 2. Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei).

3. Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia seperti pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

 4. Pengambilan coklat perlu dielakkan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick, dilarang sama sekali mengambil minuman bergas kerana ia mampu merosakkan buah pinggang.

5. Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan di ladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Oleh: أبو حنان القدحي

Set Colon Cleansing

Harga Runcit : RM78.00 ORDER ONLINE : 013 929 9944 

Seperti yang dibincangkan pada post sebelum ini, iaitu mengenai pentingnya menjaga kesihatan usus serta 80% penyakit yang berpunca dari usus. 

Persoalan yang sering timbul dikalangan kita adalah, “apakah cara yg sesuai nak jaga usus ni?” 

Set colon cleansing merupakan sinergi yang sangat baik bagi menjaga kesihatan usus kita. Terdiri daripada sinergi 3 Herba iaitu Herba Spirulina, Herba Tuju Angin dan Herba Pelawas

1. SPIRULINA

Spirulina (Arthospira) adalah sejenis rumpai laut berwarna biru kehijauan dan telah dijadikan sebagai makanan kesihatan dan perawatan melalui penelitian dan kajian para ahli duniasejak puluhan tahunyang lalu. Sumber anti toksik yang tinggi sangat sesuai dijadikan amalan harian untuk masyarakat yang terdedah kepada makanan dan minuman yang mengandungi toksid, yang menurunkan imunisasi dan menyebabkan perbagai penyakit. Spirulina mudah diserap kedalam tubuh dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Kelebihan spirulina:
1.Bertindak sebagai anti virus
2.Menurunkan kadar kolesterol.
3.Menaikkan imunisasi badan.
4.Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam.
5.Beta karotin untuk menguatkan penglihatan.
6.Vitamin B12 membantu membentuk sel darah merah dan sum-sum.
7.Zat besi membantu menguatkan sel darah merah dan menguatkan pertahanan badan.
8.Mengatasi kelemahan tubuh badan.
9.Bahan pengganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak suka makan sayur.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :Spirulina
Dos :1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam

 2. HERBA PELAWAS

Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus.
·Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
·Pelawas bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas.
·Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan kerana itu Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.
·Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar.
·Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).
·Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.

Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Kandungan Bahan: Ipmea Reptans
Cara Pemakanan: Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.
Jumlah Kandungan: 75 kapsul per botol

3. HERBA TUJU ANGIN


Herba Tuju Angin mengandungiTeja Lawang, Akar Mengkudu,Pokok Larak, danTebu Gajah.

Khasiat Herba Tuju Angin:

1. Memperbaiki proses penghadaman dan juga melawaskan usus.
2. Mempercepatkan penyembuhan luka di dinding usus.
3. Apabila disinergikan dengan herba lain ia mampu menguatkan jantung (kardiotonik). Amat baik bagi mereka yang lemah jantung sekaligus mendatangkan kesan afrodisiak atau memulihkan tenaga batin.
4. Dapat mengatasi angin meroyan kalau disinergikan dengan herba lain.
5. Mengatasi perut kembung
6. Menghilangkan rheumatik
7. Mengatasi migrain
8. Mengatasi gastrik
9. Menghilangkan kesemutan(kebas) pada hujung jari
10. Meredakan sakit sendi
11. Hilang selera makan

Komposisi: 75 kapsul satu botol
Dos: 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam

Jangan tunggu lagi !!!!!

Set Colon Cleansing cuma RM 78 sahaja !!!!
Setiap orang mesti memiliki satu Set Colon Cleansing !!!
Dapatkan segera Set Colon Cleansing di Cawangan2 serta Stokis2 HPA berdekatan anda..





Minyak But-But


Harga RM10.50 order online 013 929 9944

Minyak but-but ini mengandung ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuk sejenis tumbuhan yang digunakan oleh burung but-but untuk dijadikan sarang. Masyarakat dahulu percaya minyak ini mampu untuk merawat tulang yang patah, terkilir dll. Minyak But-but ini wajib ada di setiap rumah.

Khasiat yang lainnya adalah:
  1. Untuk patah tulang. Minyak ini dipanaskan terlebih dahulu dan disapu dibagian yang patah, serta dibalut dengan kain. Selanjutnya penderita juga memakan herba Radix 6 kapsul 2 kali sehari.
  2. Untuk wasir/Ambeien. Disapu dibagian yang keluar disamping penderita memakan herba Ficus dan Pelawas
  3. Kembung perut (Anak Kecil). Herba ini dipanaskan dan disapu dengan daun sirih dan ditempelkan diperut anak tersebut.
  4. Luka-luka kecil. Ambil kapas dan basahkan dengan minyak ini, lalu ditempelkan dibagian yang luka.
  5. Terkena air panas. Dioleskan perlahan-lahan dibagian yang sakit, danjangan dibiarkan bagian tersebut kering. Selalu menggunakan minyak ini sampai tidak melembung.
  6. Gigitan serangga (seperti lipan, tawon, dll.). Ambil kapas dan basahkan dengan minyak ini lalu ditempelkan dibagian yang luka.
  7. Asma (Anak kecil). Minum minyak ini setengah sendok kecil pada waktu malam sebelum tidur, serta disapu dibagian dadanya dan diselimuti.
  8. Perut buncit. Panaskan minyak ini terlebih dahulu dan diurut dibagian perut berulang kali secara berputar.
  9. Wanita menopouse. Menghilangkan kesakitan sewaktu "bersama"suami mengatasi kekeringan kulit).
  10. Darah tinggi dan lumpuh (stroke). Panaskan minyak ini dan disapu dibagian tengkuk leher.
  11. Diare (keracunan makanan). Diminum setengah sendok bersama air hangat.
  12. Bayi sering menangis pada waktu malam. Minyak ini disapu diatas kening bayi.
  13. Untuk urut/pijat (gosok). Minyak ini tidak mengandung bahan kimia dan tidak merusak syaraf kulit.
  14. Anak sering kencing di waktu malam. Disapu di pusar sebelum tidur disamping minum madu asli.

Extra Virgin Olive Oil

Minyak Zaiton HPA (Extra Virgin Olive Oil)

Harga RM40.00 - 250ML

Amalkan gaya hidup sihat.

Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun HPA kedalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan.

Juga
boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan...

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?

Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.

HADITH:-

1."MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

2.”ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan dizaman Nabi Noh A.S melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi.

Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran.

Minyak zaitun HPA adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai agen serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun HPA boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit.

Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari.

Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat.

Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu.

Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.

Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China.

Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

CARA PENGAMBILAN:

1.Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
2.Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3.Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

Satu lagi minyak zaitun sangat baik juga untuk program detox (pembuangan racun dihati). InsyaAllah" Adaptasi daripada http://blog.hpa-online.net
Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.
Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.
Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.
KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E
  • Kecantikan (kulit dan rambut)
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Kegunaan masajterapi
Penggunaan:
  • Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
  • Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.
Isipadu: 700ml
Harga: RM40.00

Habbatus Sauda.


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino. Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.
Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk “Rahsia Perubatan Habbatus Sauda’” yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:
1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”,  yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).
11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
14. Rheumatisme
Harga Habbatussauda HPA
Semenanjung Malaysia: RM 48
Sabah & Sarawak: RM 50